1. Selaras dengan komitmen berterusan Lazada untuk menjadi platform yang adil, dan mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan Malaysia, kami berusaha agar pelanggan kami berhak untuk mendapat maklumat yang boleh dipercayai, benar dan tepat apabila mereka membeli-belah di Lazada.
Harga Maksimum Kit Ujian Kendiri RTK Covid-19
2. Oleh itu, garis panduan ini memerlukan rakan kongsi dan penjual kami untuk memastikan kit ujian kendiri Covid-19 terkawal di bawah Perintah Kawalan Harga dan Anti-pencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No.7) 2021. Perintah kawalan harga ini berkuat kuasa mulai 5 September 2021.
3. Rakan kongsi dan penjual yang menjual mana-mana kit ujian kendiri Covid-19, tanpa mengira jenama, melebihi harga warta boleh dikenakan hukuman di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-pencatutan 2011.
Harga Borong Maksimum Setiap Unit |
Harga Runcit Maksimum Setiap Unit |
RM 16.00 |
RM 19.90 |
Siapa Boleh Menjual Kit Ujian Kendiri RTK Covid-19?
4. Berdasarkan dokumen panduan “the Covid-19 RTK (Self-Test) Requirements Medical Device Guidance Document (MDA/GD/0059, 1st Edition) yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) pada November 2021 (“Dokumen Panduan”), kit ujian kendiri RTK Covid-19 (yang diluluskan secara bersyarat oleh MDA) boleh dijual di platform atas talian oleh badan-badan berikut:
(a) Farmasi berlesen dengan Bahagian Perkhidmatan Farmaseutikal, Kementerian Kesihatan;
(b) Institusi penjagaan kesihatan swasta (klinik atau hospital) berlesen dengan Seksyen Kawalan Amalan Perubatan Swasta, Kementerian Kesihatan;
(c) Establismen dengan berlesen yang dikeluarkan oleh MDA.
Penjual juga hendaklah menyediakan mekanisme untuk merekodkan maklumat pengedaran dan penjualan.
Untuk maklumat lanjutan, lihat Dokumen Panduan di https://portal.mda.gov.my/documents/guidance-documents/1835-mda-gd0059-requirement-on-covid-19-test-kit-selling-sy-edited-nov2021-v3-1/file.html
5. Kami akan menurunkan mana-mana penyenaraian kit ujian kendiri RTK Covid-19,
(i) yang belum diluluskan secara bersyarat oleh MDA, atau
(ii) mana-mana penyenaraian kit ujian kendiri RTK Covid-19 yang dimuat naik oleh sesiapa selain badan-badan dirujuk dalam perenggan 4(a) hingga (c) di atas, walaupun kit ujian kendiri Covid-19 tersebut telah diluluskan secara bersyarat oleh MDA. Lazada memerlukan penjual mengikuti proses penyenaraian putih (whitelisting) sebelum penyenaraian produk.
Tiada Iklan untuk Kit Ujian Kendiri RTK Covid-19
6. Berdasarkan Dokumen Panduan, iklan kit ujian kendiri RTK Covid-19 tidak dibenarkan. Logo MDA dilarang untuk diletakkan pada kit ujian, pelabelannya atau bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penjualan kit ujian.
7. Namun, bahan-bahan berikut dibenarkan diterbitkan untuk penjualan kit ujian kendiri RTK Covid-19:
(a) bahan-bahan yang mengandungi replica pembungkusan yang diluluskan oleh MDA; dan
(b) bahan-bahan yang hanya mengandungi harga, perwakilan bergambar produk, jenama, nama syarikat dan/atau logo yang tidak mengandungi sebarang tuntutan atau perihalan.
Apakah yang berlaku jika anda didapati - penjualan Kit Ujian Kendiri RTK Covid-19 yang terlalu mahal dan tidak dibenarkan?
8. Penjualan Kit Ujian Kendiri RTK Covid-19 yang melebihi harga kawalan atau tidak dibenarkan akan mengakibatkan penggantungan sementara akaun penjual Lazada anda dan produk-produk anda dinyahaktifkan sehingga diberitahu kelak.
Panduan untuk penyenaraian Kit Ujian Kendiri COVID-19:
9. Salah-mengategorikan Kit Ujian Kendiri COVID-19 tidak dibenarkan sama sekali. Produk ini MESTI dikategorikan di bawah kategori Kesihatan dengan laluan kategori berikut:
Health > Medical Supplies > Medical Tests
Tarikh peluputan produk harus termasuk bagi setiap kit ujian kendiri RTK Covid-19.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Miscategorization Policy dan Inappropriate and Misleading Product Policy.